Monday, May 19, 2008

Mati pucuk 10 tahun angkara disihir isteri... 2

SETELAH menceraikan isterinya kira-kira 10 tahun dahulu, Rizal (bukan nama sebenar) terus menduda. Mereka yang mengenali Rizal menganggap lelaki itu masih teringatkan isteri lamanya walhal hakikat sebenarnya, dia tidak lagi berkemampuan untuk memberi nafkah batin jika berkahwin lagi. Rizal mengelami mati pucuk tidak lama selepas menceraikan isterinya.

Beribu-ribu wang simpanannya digunakan untuk merawat masalah itu samada secara moden atau traditional, namun tiada hasil positif dilihat. Rizal tidak lagi berusaha kerana yakin masalahnya itu tidak boleh lagi dirawati.

Rizal terus berahsia mengenai masalahnya itu kerana dia merasakan maruahnya pasti tercabar jika orang lain dapat tahu. Tetapi setelah lebih 10 tahun menanggung azab tersebut, Rizal mula bercerita dengan rakan-rakan terdekatnya dengan harapan mereka dapat membantu.

Melalui salah seorang rakannya, Rizal telah diperkenalkan kepada Mohd Nor bagi mendapatkan rawatan. Meskipun agak kurang yakin, Rizal tetap mencubanya kerana tidak mahu mengecewakan rakannya itu.

Pada hari yang dijanjikan, Rizal telah datang untuk mendapatkan rawatan. Tetapi baru sahaja pemeriksaan dibuat, tiba-tiba dia meloncat dari atas katil kelantai. Sementara itu, matanya menjadi merah dan memandang Mohd Nor dengan pandangan yang tajam seolah-olah mahu menelannya.

Mohd Nor benar-benar tidak menyangka Rizal akan beraksi sehingga ke tahap itu. namun dia tahu, masalah yang dihadapi oleh Rizal bukanlah masalah biasa tetapi turut melibatkan unsur-unsur halus.

Dengan menggunakan kaedah tradisional yang diwarisi secara turun-temurun, Mohd Nor mendapati Rizal rupa-rupanya telah disihir oleh bekas isterinya. Bukan sahaja nafsunya telah dikunci, tetapi 'senjata' Rizal juga telah 'dimatikan' menggunakan kaedah halus. Bekas isterinya itu benar-benar mahu Rizal menderita.

Meskipun jarang mengubati masalah berkaitan sihir, Mohd Nor tetap merawat Rizal bagi menamatkan penderitaan lelaki itu. Akhirnya, melalui beberapa siri rawatan, Rizal berjaya dipulihkan.

Tidak lama selepas itu, Rizal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pilihannya. Kini mereka sedang menunggu saat kelahiran bayi pertama.

SELEKSI, 1 Jun 2008

No comments: