Monday, May 19, 2008

Mati pucuk 10 tahun angkara disihir isteri... 2

SETELAH menceraikan isterinya kira-kira 10 tahun dahulu, Rizal (bukan nama sebenar) terus menduda. Mereka yang mengenali Rizal menganggap lelaki itu masih teringatkan isteri lamanya walhal hakikat sebenarnya, dia tidak lagi berkemampuan untuk memberi nafkah batin jika berkahwin lagi. Rizal mengelami mati pucuk tidak lama selepas menceraikan isterinya.

Beribu-ribu wang simpanannya digunakan untuk merawat masalah itu samada secara moden atau traditional, namun tiada hasil positif dilihat. Rizal tidak lagi berusaha kerana yakin masalahnya itu tidak boleh lagi dirawati.

Rizal terus berahsia mengenai masalahnya itu kerana dia merasakan maruahnya pasti tercabar jika orang lain dapat tahu. Tetapi setelah lebih 10 tahun menanggung azab tersebut, Rizal mula bercerita dengan rakan-rakan terdekatnya dengan harapan mereka dapat membantu.

Melalui salah seorang rakannya, Rizal telah diperkenalkan kepada Mohd Nor bagi mendapatkan rawatan. Meskipun agak kurang yakin, Rizal tetap mencubanya kerana tidak mahu mengecewakan rakannya itu.

Pada hari yang dijanjikan, Rizal telah datang untuk mendapatkan rawatan. Tetapi baru sahaja pemeriksaan dibuat, tiba-tiba dia meloncat dari atas katil kelantai. Sementara itu, matanya menjadi merah dan memandang Mohd Nor dengan pandangan yang tajam seolah-olah mahu menelannya.

Mohd Nor benar-benar tidak menyangka Rizal akan beraksi sehingga ke tahap itu. namun dia tahu, masalah yang dihadapi oleh Rizal bukanlah masalah biasa tetapi turut melibatkan unsur-unsur halus.

Dengan menggunakan kaedah tradisional yang diwarisi secara turun-temurun, Mohd Nor mendapati Rizal rupa-rupanya telah disihir oleh bekas isterinya. Bukan sahaja nafsunya telah dikunci, tetapi 'senjata' Rizal juga telah 'dimatikan' menggunakan kaedah halus. Bekas isterinya itu benar-benar mahu Rizal menderita.

Meskipun jarang mengubati masalah berkaitan sihir, Mohd Nor tetap merawat Rizal bagi menamatkan penderitaan lelaki itu. Akhirnya, melalui beberapa siri rawatan, Rizal berjaya dipulihkan.

Tidak lama selepas itu, Rizal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pilihannya. Kini mereka sedang menunggu saat kelahiran bayi pertama.

SELEKSI, 1 Jun 2008

Suami lemah tenaga batin, isteri cari lelaki lain

USIA perkahwinan selama 12 tahun ternyata tidak memberi sebarang makna apabila suami tidak lagi mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya. Itulah terjadi kepada seorang lelaki, Zamri (bukan nama sebenar), 45, apabila dia mengalami masalah mati pucuk.

Zamri mula mengesan masalah tersebut selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Sejak mengetahui kelemahannya itu, dia sudah berusaha merata-rata tempat tetapi tetap tidak berjaya.

Sebenarnya Zamri meiliki segala-galanya. Dia seorang yang kacak, kaya dan berkedudukan tinggi. Namun dia tetap tidak dapat menghalang niat isterinya ketika wanita itu meminta cerai setelah 4 tahun tidak memperolehi nafkah batin dari Zamri.

Marah, kecewa dan sedih. Itulah yang dialami oleh Zamri ketika mendapati isterinya berkahwin dengan orang lain selepas beberapa bulan diceraikan. Tetapi Zamri perlu menerima kenyataan tersebut walaupun agak pahit untuk ditelan.

Setelah puas mencari, Zamri akhirnya menemui Mohd Nor yang diperkenalkan oleh seorang rakannya. Dia benar-benar terkejut setelah mendapati masalahnya berjaya dipulihkan hanya selepas menjalani beberapa siri rawatan.

Andainya dia menemui Mohd Nor lebih awal, sudah tentu rumah tangganya berjaya diselamatkan. Tetapi Zamri bersyukur kerana masalah itu telah berjaya mengukur tahap kesetiaan isterinya. Zamri mendirikan rumah tangga tidak lama selepas masalahnya berjaya dipulihkan.

SELEKSI, 1 Jun 2008

Mati pucuk 10 tahun angkara disihir isteri

Selepas menceraikan isterinya, seorang lelaki menderita mati pucuk selama lebih 10 tahun. Akibatnya, dia tidak berkahwin lagi sepanjang tempoh itu.

Setelah gagal walaupun sudah mencuba pelbagai rawatan, lelaki itu yang menganggap dirinya terkena balasan gara-gara menceraikan isterinya, tidak lagi berusaha mengubati masalah tersebut. Melalui nasihat seorang rakan, dia menamui seorang pengamal perubatan tradisional. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah lelaki tersebut tahu dia rupanya telah disihir oleh bekas isteri.